ASRAMA



                      
      



Jom kita menghayati persekitaran Asrama Desa SK Gangga. 


SEJARAH

Sejarah penubuhan Asrama S.K Gangga ini bermula pada tahun 1987. Pada ketika itu satu perjumpaan yang berunsur politik telah diadakan di kawasan Beruas, bertempat di S.K Dendang dan dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

        Salah satu usul yang dibawa oleh penduduk kawasan Beruas ialah memohon dibinanya sebuah asrama desa bagi kemudahan anak-anak Beruas belajar. Cadangan tersebut diterima, namun bukanlah direalisasikan dalam waktu yang terdekat. Sehinggalah pada tahun 1993, dan S.K Gangga dikenalpasti sebagai lokasi yang sesuai untuk dibinanya asrama. Guru Besarnya pada ketika itu ialah En. Ibrahim Montil. Dengan hanya sedikit pengubahsuaian, bangunan sekolah dijadikan asrama dan segala peralatan seperti katil, tilam, almari dan sebagainya hanya dipinjam dari SMK Raja Shahriman.

        Kemasukan pelajar adalah agak menggalakkan, dan seorang guru dari S.K Gangga dilantik untuk menjadi warden yang pertama iaitu En. Walaasiri B. Sulaiman. Penyediaan makanan untuk penghuni asrama pula pada ketika itu disediakan dan dihantar oleh pihak SMK Raja Shahriman terus ke dewan makan yang sebelum itu adalah bangunan kantin sekolah.

Dari masa ke semasa pelbagai perubahan berlaku termasuklah dari segi pertukaran guru besar, warden dan pertambahan prasarana. Pelbagai kemudahan ditambah dan dinaik tarafkan demi keselesaan pelajar. Bangunan-bangunan tambahan dibina, serta pelbagai jenis bantuan diterima dari pihak jabatan.

        Dan kini Asrama Desa S.K Gangga ini begitu lengkap dan selesa. Perkhidmatan makan minum minum pelajar tidak lagi dikongsi dari SMK Raja Shahriman. Ditambah pula  perkhidmatan pengawalan keselamatan 24 jam serta perkhidmatan kebersihan dan keceriaan turut diberikan. Disamping itu pelbagai aktiviti dan program yang diatur juga mengukuhkan lagi betapa asrama ini sebenarnya adalah satu aset yang penting di kawasan Beruas ini. 

TANAMAN HIDROPONIK

TANDAS LELAKI

PERSEKITARAN ASRAMA

DEWAN MAKAN

ASRAMA LELAKI

PONDOK JAGA ASRAMA

HAIWAN PELIHRAAN

SURAU

PERSEKITARAN ASRAMA

ASRAMA PEREMPUAN

No comments:

Post a Comment