SEJARAHSEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA, BERUAS
Sekolah Rendah Kebangsaan Gangga, Beruas yang ada pada hari ini telah
diasaskan pada awal tahun 1954 yang diberi nama Government English Class
Beruas. Kemudian bertukar kepada SRJK (I) Beruas dan akhirnya
pada 20 Mei 1975berkuat kuasa namanya menjadi SRK Gangga,
Beruas seperti yang disebut pada hari ini kerana mengambil sempena nama
kerajaan yang tertua di Perak di zaman dahulu iaitu Gangga Negara Beruas.
Percambahan pemikiran penduduk setempat telah berkembang akan perlunya
ada sebuah sekolah Inggeris patut ada di Beruas ini memandangkan kedudukan
Beruas ini jauh dari bandar besar yang telah ada sekolah Inggeris dan juga
penduduknya yang berbilang kaum. Tambahan pula pengaruh penggunaan Bahasa
Inggeris amat kuat pada masa itu.
Pada awal tahun 1954 sebuah badan dari majlis mukim beruas yang diberi
nama masa itu “Beruas Mukim Council” telah ditubuhkan sebagai
pengasas sekolah ini yang terdiri daripada:-
1. Mackintosh
JP - Pengerusi
2. Woo chiew fook
3. Chiew Biow Chuong
4. Han Kow Oon
5. Chiang Yoong Yat
6. Tan Thiong Ban
7. V.N Kathigamer
8. Abd. Manap B. Mad Saladin
9. Ahmad Pakri B. Ibrahim
10. Lee Yoke Khoon
Mereka diatas adalah sebagai asas tenaga penggerak serta mendapat
kerjasama dan sokongan dari semua bangsa penduduk yang ada di Beruas. Badan ini
berjaya mengumpul wang sebanyak RM 7000.00 dan diserahkan ke Jabatan Pelajaran
Perak untuk perbelanjaan mendirikan sebuah bangunan sekolah Inggeris yang telah
dirancang. Dapatlah satu bangunan papan dua bilik darjah didirikan. Tapaknya
berhampiran Sekolah Kebangsaan Beruas pada hari ini ( bangunan ini
masih ada lagi tetapi telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Beruas ).
Pada tahun ( 1954 ) itu juga bermulalah Satu Kelas
Sekolah Inggeris ( Government English Class Beruas ). Gurunya En. Abd
Kadir B. Abd Latif TEVS. Kelas ini serta muridnya bertambah dari tahun ke
tahun. Pada tahun 1956 En. Abd Kadir telah bertukar dan digantikan oleh En.
Thangarajah. Tahun 1957 tiga kelas lagi telah ditambah termasuk kelas
S.M.C. Pada tahun itu juga En. Thangarajah bertukar dan digantikan pula oleh
En. Goon Cheng Ong.
Pada 26 April 1957 pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru
tujuh bilik darjah dan empat buah rumah guru di atas kawasan tanah yang ada
pada hari ini dan murid-murid mulalah belajar di bangunan yang baru. Jumlah
murid telah bertambah dari tahun ke tahun. Oleh itu pihak kerajaan telah
menambah lagi dua bilik darjah.
Pada 2 Julai 1960 sekolah ini telah dirasmikan oleh OBJ Dinding YB.
Raja Shahriman Ibni Raja Abd Hamid SPMP.PJK.JP Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indra
Di Raja. Pada tahun 1961 di bangunan sekolah ini juga telah diadakan kelas
menengah. Sebelum tahun itu belum ada sekolah menengah di Beruas. En. Francis
Hoo Soi telah dilantik menjadi Guru Besar. Kelas menengah ini telah meningkat
dan muridnya bertambah dari tahun ke tahun hingga ke peringkat LCE.
Pada tahun 1964 Guru Besarnya En. Francis Hoo Soi telah bertukar dan
digantikan pula oleh En. Chung Shing Yee. Disekolah ini juga telah dibuka Kelas
Tingkatan 4 aliran Inggeris, menyebabkan sekolah ini telah menjadi lebih
terkenal di Beruas. Pada tahun 1965 dibuka pula Kelas Tingkatan 5. Di sekolah
ini telah dapat melahirkan murid-murid yang berkelulusan Senior Cambridge dan
juga SPM sehingga 1968.
Pada bulan Ogos 1969 sampailah saat berpisah diantara sekolah rendah
dan sekolah menengah. Semua penuntut menengah dan guru-gurunya berpindah ke
bangunan baru. Sekolah menengah telah siap dibina dan diberi nama Sekolah
Menengah Raja Shahriman, Beruas. En. Lim Pooh Toi dilantik menjadi Pengetua
Sekolah Menengah Raja Shahrimandan en. Ong Boon Kooi dilantik menjadi guru
besar sekolah rendah iaitu SRJK (I) Beruas sehingga Disember 1979. Beliau
telah menjalankan tugasnya dengan bijak di mana sekolah ini telah menjadi
terkenal di Daerah Dinding ( Manjung hari ini ) dibidang pelajaran dan
sukan.
Ahli Lembaga pengurus sekolah pada masa itu adalah :-
1. B.P Morgan - Pengerusi
2. Kandiah
3. V.N. Karthigamer PJK.JP
4. Lee Yoke Khoon
5. Khairuddin B. Pandak Othman
6. Mohaidin B. Abd Razak
Dalam tahun 1964, sekolah ini telah dapat menerbitkan sebuah majalah
sekolah yang diberi nama “ GANGGA”.
Perkembangan murid bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1954
seramai 44 orang murid dan pada tahun 1971 telah meningkat kepada 455 org
murid. Mengikut keadaan zaman dan masa yang sentiasa berubah-ubah begitulah
juga nama sekolah ini telah bertukar dari asalnya Government Class Kepada SRJK
(I) dan akhirnya pada 20 Mei 1979 bermulalah kuatkuasa namanya bertukar
kepada SRK Gangga, Beruas. Yang bertukar hanya namanya sahaja tetapi dari
segi peralatan dan bangunan masih menggunakan yang lama.
SENARAI NAMA GURU BESAR / LIST OF HEADTEACHERS
1.
|
ABDUL KADIR B. ABDUL LATIF
|
1954-1956
|
2.
|
THANGARAJAH
|
1956-1957
|
3.
|
GOON CHONG ONG
|
1957-1961
|
4.
|
FRANCIS HOO SOI
|
1961-1964
|
5.
|
CHUNG SHING YEE
|
1964-1969
|
6.
|
ONG BOON KOI
|
1969-31/12/79
|
7.
|
MOHD RAFIDI
|
1/1/84-31/8/84
|
8.
|
MOHAMMAD B. SIDI
|
|
9.
|
SHAHABUDIN B. HJ. MOHD NAIM
|
|
10.
|
MEOR ADAM B. AHMAD BAKRI
|
|
11.
|
BAHARUDDIN B. MONTEL PPT
|
|
12.
|
RADEN SUTRISNO B. RADEN SURRADI
|
|
13.
|
MOHD ZAINI MAKHTAR B. CHE KASIM
|
16/12/97- 15/9/2010
|
14.
|
ZAKARIA BIN ABU HASSAN
|
|
15.
|
ROHAIZAN BIN MOHAMED HANIF
|
2016
|